Jul
22
2007
|
Ditulis oleh Syed Ahmad Fuqaha
|
|
Ahad, 22 Julai 2007 |
Perjumpaan ahli-ahli komuniti Joomla-My telah berlangsung dengan jayanya di 'pejabat urusan' kami Food Junction MidValley.
Seperti yang dipaparkan dalam artikel ini , perjumpaan ini diadakan bertujuan mengenali dengan lebih rapat lagi ahli-ahli komuniti Joomla-My yang selama ini hanya berjumpa di dalam forum sahaja. Selain itu, kami juga akan membincangkan isu-isu terkini berkaitan dengan Joomla!, akitivit-aktivit pada masa akan datang dan apakah hala tuju kita sebagai pengguna Joomla! di Malaysia.
Apakah aktiviti seterusnya? Hasil perbincangan daripada ahli komuniti *yang tidak rasmi*, kami telah sebulat suara bersetuju untuk mengadakan satu perjumpaan terbesar pada masa yang terdekat.
Tarikh : 12 Ogos 2007 Hari : Ahad Masa : 10.00 pagi Tempat : Restoran Anjung, Tingkat 1, bersebelahan Stesen Komuter Serdang
Antara agenda yang akan diborakkan bincangkan ialah mengenai Penubuhan & Perlantikan Jawatankuasa Rasmi, Perbincangan Aktiviti Joomla-My - termasuk Joomla Day 2008 serta aktiviti lain. (Contoh seminar Joomla, Diskusi, Pameran dan lain-lain)
Adalah menjadi harapan kami untuk mengenali seramai mungkin pengguna & peminat Joomla! di Malaysia dan membolehkan kita tegak sebagai Persatuan Pengguna Joomla! yang rasmi.
Kepada yang anda yang ingin menghadiri mesyuarat ini, sila berikan maklumbalas melalui ruangan forum kami http://www.joomla-my.org/forum/index.php/topic,582.msg4675.html#new
Dengan balasan seperti dibawah
Nama : No Telefon : emel :
Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
Sebelum 9 Ogos 2007.
Terima kasih |
|
Jul
22
2007
|
Ditulis oleh Syahril bin Zulkefli
|
|
Ahad, 22 Julai 2007 |

Pembangun Joomla! dengan rasminya telah mengeluarkan Joomla! 1.5 RC (Release Candidate) yang menggunakan kod nama Maypa dan juga Joomla! 1.0.13 pada 21hb Julai ketika berlangsungnya Joomla!Day di Austin. Dapatkannya sekarang!
|
|
Jul
19
2007
|
Ditulis oleh Syed Ahmad Fuqaha
|
|
Khamis, 19 Julai 2007 |
Komuniti Joomla! Thailand telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan Joomla! Day Bangkok pada hari Sabtu, 4 Ogos 2007.
Antara speaker yang akan memberikan info-info menarik pada Joomla! Day Thailand ialah :
 | | Overall picture of Joomla 1.5, The support several languages system and Preview JoomFish 1.8 before anybody.By Mr. Alex Kempkens, the developer of JoomFish , Core Team and Leader of Managing Joomla Event. (http://forum.joomla.org/index.php/topic,136674.0.html) |  | | Single Sing On which use Joomla with Active directory Service / LDAP By Mr. Samuel Moffatt, Core Team (A new young blood who was born from Google Summer Code Project) |  | | Creating Component / Module for Joomla 1.5 By Mr. Toby Patterson, Development WG
|  | | Joomla e-Commerce LaiThai Edition By Mr. Akarawuth Tamrareang, Q&T WG / Translation WG
|
|
|
|
|
<< Mula < Seb 1 2 3 4 5 6 7 Kemudian > Akhir >>
|
| Keputusan 33 - 40 terhadap 52 |