Joomla-My

Log Masuk






Hilang Kata laluan?
Tiada akaun lagi? Daftar

Online Users


syahzul
Mei 03 2007
Ingin Menyertai AzrulStudio?
Ditulis oleh Syed Ahmad Fuqaha   
Khamis, 03 Mei 2007
AzrulStudio yang semakin berkembang memerlukan staf bagi perkhidmatan pelanggan (Customer Support Representative). Tugas utama bahagian tersebut ialah menjawab dan menyelesaikan semua support email yang diperolehi. Kriteria berikut perlu dipenuhi oleh calon-calon yang berminat

  • Fasih dalam bahasa Inggeris (Penulisan dan Percakapan)
  • Graduan komputer / kursus berkaitan merupakan satu kelebihan
  • Pengetahuan dalam PHP, CSS dan open source Joomla! CMS berkemungkinan besar dipilih
  • Graduan baru digalakkan memohon

Gaji bulanan yang ditawarkan adalah diantara RM1500 hingga RM2000. Jika anda berminat untuk menyertai AzrulStudio, sila hantarkan email kepada Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya bertajuk : Customer Support Representative
 
Apr 29 2007
Fireboard, Forum Untuk Joomla!
Ditulis oleh Syahril bin Zulkefli   
Ahad, 29 April 2007
FireboardBestOfJoomla telah menghasilkan satu komponen forum untuk Joomla! yang di ubahsuai dari Joomlaboard yang diberi nama Fireboard. Dan Team Joomlaboard, Riba juga telah bersatu bergabung tenaga dalam penghasilan komponen Fireboard ini.

Berikut merupakan kelebihan yang terdapat pada komponen ini:

  • Sistem template yang seakan-akan SMF tetapi dengan stuktur yang lebih mudah.
  • Jumlah sub kategori beserta konfigurasi pentadbir.
  • Sistem yang cepat serta kod yang mudah untuk difahami oleh pengaturcara.
  • Maklumat profail pada bahagian atas forum
  • Integrasi untuk sistem PM (Private Messagging) seperti ClexusPM dan UddeIM
  • Sistem plug-in asas untuk fungsi-fungsi tambahan
  • Ikon sistem mengikut bahasa yang dipilih
  • Boleh memasukkan modul Joomla! di dalam forum.
  • Ruangan pengumuman forum khas
  • Pilihan topik-topik kegemaran dan juga sistem pengurusannya
  • Ruangan statistik forum pada bahagian bawah
  • Imej untuk kategori tertentu
  • Integrasi profail pengguna dengan Community Builder dan Clexus PM (cool!)

 
Apr 29 2007
Community Builder kini dengan Captcha Plugin
Ditulis oleh Syahril bin Zulkefli   
Ahad, 29 April 2007
Community Builder, antara salah satu komponen yang paling popular kini telah dilengkapi dengan Captcha Plugin. Captcha berfungsi menguji sama ada pengguna adalah manusia ataupun tidak. Pengguna akan dipaparkan dengan huruf dan nombor tertentu dan perlu memasukkannya di dalam kotak teks yang disediakan. Ini dapat mengelakkan berlakunya kejadian pendaftaran pengguna secara automatik oleh script, penghantaran komen spam dan lain-lain lagi.

Berikut merupakan petikan dari halaman web Joomlapolis (pengeluar Community Builder):

As an added security measure (and a nice Valentime's Day gift to the CB worldwide community), the CB Team has just released the CB Captcha plugin. This plugin provides a security image along with corresponding input field and verification logic. The plugin can be incorporated in the registration process, the forgotten password process and the email user process in order to verify that a human is actually triggering the activities. Many backend parameters and fonts have been built into this plugin.

The plugin was developed by Nick and Beat and is currently in action on this site. Special thanks to the CB testers that helped out. The plugin is available for download from the CB Team Releases category of the download area (upper menu button) of this site. Hopefully, this plugin will make CB driven websites as spam-proof as possible.


Sila lawati forum mereka di sini.
 
<< Mula < Seb 1 2 3 4 5 6 7 Kemudian > Akhir >>

Keputusan 41 - 48 terhadap 52