Joomla-My

Log Masuk






Hilang Kata laluan?
Tiada akaun lagi? Daftar

Online Users


shaifful
Jul 17 2007
Anugerah Open Source CMS 2007 Cetak E-mail
Ditulis oleh Syahril bin Zulkefli   
Selasa, 17 Julai 2007
packt_open_source_content_management_system_award_2007.jpgPackt telah mengumumkan pelancaran Anugerah Open Source Content Management System 2007 pada hari Isnin, 16 Julai yang lepas. Berdasarkan kejayaan pada tahun lepas, Packt telah meneruskan anuregah ini untuk tahun ini dengan peningkatan jumlah hadiah wang tunai untuk pemenang dan juga penambahan beberapa kategori baru.

Seperti yang kita telah ketahui, Joomla! telah memenangi anugerah ini pada tahun lepas dengan sokongan daripada komuniti yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan menghantar undian.

Penganugerahan ini telah diwujudkan bagi menggalakkan, menyokong, dan juga memberi penganugerahan kepada open source Content Management System (CMS) yang dipilh oleh panel juri dan juga pelawat halaman web PacktPub.com. Bagi menunjukkan sokongan kepada industri sumber terbuka, Packt pada tahun ini telah menambah lagi kategori-kategori lain. Ianya terbahagi kepada 5 kategori berlainan termasuklah pemenang keseluruhan dan juga Open Source CMS yang paling berlaya.

  • Overall Winner
  • Most Promising Open Source CMS
  • Best Open Source PHP CMS
  • Best Other Open Source CMS
  • Best Social Networking CMS


Hadiah untuk pemenang telah digandakan; dengan $20,000 yang akan dibahagikan kepada 5 pemenang. Fasa pertama penganugerahan ini ialah pencalonan, yang mana bermula pada 16hb Julai yang lepas. Ianya terbuka kepada pelawat halaman web PacktPub.com untuk membuat pencalonan. CMS yang mendapat undian tertinggi di dalam kategorinya akan memasuki peringkat akhir yang mana akan bermula pada bulan September. Jadi, luangkan masa anda untuk membuat undian kepada CMS kegemaran anda sekarang.

Undi Sekarang

Komen (1)add comment

lopaque said:

 
eh dah ade kat sini, aku terpos kat forum plak
Julai 17, 2007

Tulis komen.
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley
Smiley

security image
Tulis huruf yang terpapar.


busy
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 26 Julai 2007 )
 
< Prev   Seterusnya >