Tapi untuk yang baru nak bermula, penggunaan CMS boleh dikatakan ‘terlalu sukar’ untuk dipelajari. Banyak faktor yang menentukan tahap pemahaman seseorang individu tentang pengunaannya dengan lebih berkesan. Ada antaranya yang putus asa bila dia merasakan CMS terlalu susah untuk digunakan.
Jadi di sini kita akan berkongsi ilmu pengetahuan tentang asas-asas yang perlu kita tahu sebelum bermula. Ini merupakan ilmu yang kita perlu dapatkan dengan belajar sendiri, tiada satu institusi pengajian di Malaysia yang menawarkan pakej untuk semua yang diceritakan di bawah ini. Berikut merupakan senarai ilmu yang perlu anda tahu sebelum anda bermula.
1. Teknologi Internet
Apa yang perlu anda tahu tidak semestinya sesuatu yang mendalam, contohnya e-commerce, e-wallet, TCP/IP dan sebagainya. Anda hanya perlu tahu tentang Web Server, Domain Name, Dynamic Name Server, cPanel, HELM, Plesk, Direct Admin dan sebagainya. Semua yang disebutkan di atas perlu untuk proses mencipta pangkalan data, menetapkan Nameserver untuk domain name, mencipta sub-domain dan lain lain lagi.
2. Bahasa pengaturcaraan
Bahasa pengaturcaraan utama yang perlu anda tahu ialah HTML. Dan kemudian baru tambah lagi dengan bahasa yang digunakan oleh CMS anda. Seperti PHP, ASP, ASP.NET, Perl dan JSP. Untuk lebih lagi, jangan lupa belajar tentang CSS.
3. CMS yang ingin digunakan
Lawat halaman web CMS anda untuk mempelajari tentang CMS tersebut dengan lebih mendalam. Jika pada dunia nyata, kalau seandainya kita nak mengorat seseorang, kita pi gak lalu depan rumah dia, berkenalan dengan mak dan ayah dia; buat benda yang serupa dengan CMS anda.
4. Tempat-tempat yang boleh dapatkan rujukan
Internet merupakan gudang ilmu tanpa batasan, dan juga gedung dosa tanpa sempadan. Jangan tersesat mencari jalan. Belajar penggunaan enjin carian seperti Google dan Yahoo!. Lawati halaman web yang menawarkan maklumat tentang apa yang kita perlukan. Dan jangan lupa, buat carian, analisis, kajian tentang perkara yang ingin kita ketahui sebelum bertanya. Belajar bengantung kepada apa yang kita ada. Kalau dah betul-betul tak tahu, baru tanya. Jangan terlalu mengharapkan orang suap masuk mulut aje.
Jadi persiapkan diri anda sebelum bermula. Pada yang dah bermula pun boleh ikut sekali. Perkukuhkan pemahaman kita dengan segala cabang ilmu pengetahuan tentang bidang yang kita minat.
Bincangkan topik ini
di sini.