Ingin menyumbangkan artikel?
Anda berminat untuk menyumbangkan artikel kepada kami? Sila rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut.
Artikel - Joomla-My
Untuk meningkatkan keselamatan web berasaskan Joomla!, adalah amat penting untuk anda faham cara untuk membuat penetapan asas bagi media manager, untuk mengelakkan Joomla! digunakan untuk memuat naik Malware seperti fail shell c99, r57 dan lain-lain
Baca artikel penuh...
Anda menggunakan Forum Kunena dan membenarkan muat naik fail-fail grafik, tahukah anda, sekiranya ciri-ciri konfigurasi Kunena tidak ditetapkan dengan betul membolehkan penceroboh memuat naik malware ke pelayan web anda dan seterusnya boleh menceroboh laman web anda.
Baca artikel penuh...
Anda menggunakan Virtuemart? Tahukah anda apabila mula-mula dipasang, kita terpaksa setkan nama negeri-negeri dalam Malaysia secara manual dan ini sangat membuang masa, kini ada cara lebih mudah. Untuk itu kita akan ikuti tutorial bergambar yang mudah digunakan.
Baca artikel penuh...
Adakalanya kita memerlukan Tab di dalam artikel yang kita tulis untuk memecahkan artikel kepada beberapa bahagian yang kecil. Ada juga yang ingin menggunakan Tab di dalam artikel untuk nampak cool. Tak kira apa pun tujuannya, penambahan Tab di dalam artkel sangat mudah. Jom kita tengok cara-caranya.
Baca artikel penuh...
Anda memiliki laman web yang canggih dan menarik, dan website anda dikunjungi ramai orang. Web anda gunakan mulai menghadapi masalah disebabkan pakej yang anda ambil dahulu tidak lagi mampu menampung sejumlah pengunjung ke laman web anda, atau anda tidak puas hati dengan pembekal perkhidmatan hosting anda dan ingin memindahkan web anda secara mudah. Anda boleh gunakan Akeeba Backup pro. Disarankan menggunakan Akeeba Backup Pro kerana anda boleh menghantar data tersebut melalui FTP server ke server tanpa sebarang campur tangan atau tanpa anda melakukan proses memuat turun dan menuat naik data web sebelum ini.
Baca artikel penuh...
Anda menggunakan Virtuemart untuk menjual barang-barang secara muat turun di Internet atau mungkin anda ada memberikan kiriman percuma bagi sesetengah barangan yang anda jual. Tutorial ini akan menunjukkan cara-cara menghasilkan Nilai kiriman/penghantaran produk secara percuma menggunakan VirtueMart.
Baca artikel penuh...
Adakalanya kita mahu gunakan Ajax popup di dalam laman web Joomla! kita untuk memaparkan sama ada artikel ataupun laman web lain. Sebagai contoh, {modal url=http://www.joomla.my/komuniti/syahzul/profile}pautan ini akan menghasilkan Ajax popup yang akan papar profile saya{/modal}.
Tahukah anda sebenarnya amat mudah untuk menghasilkan Ajax popup ini dalam artikel atau module anda? Jom kita tengok cara-caranya.
Baca artikel penuh...
Artikel Asal : Forum Joomla-My
Penulis asal : Parasolx
Tarikh Topik : February 26, 2009, 08:40:38 PM
Sekarang sudah begitu ramai yang mampu untuk membina laman web sama ada persendirian, perniagaan, portal mahupun komuniti. Tetapi masih ramai juga yang mencari-cari panduan dalam menghasilkan satu laman web yang memenuhi ciri-ciri laman web terbaik. Namun begitu, terlalu banyak panduan juga mungkin akan memeningkan sesetengah pihak. Jadi di sini saya sediakan 7 panduan yang padat dan sesuai untuk digunakan oleh semua jenis golongan, semua jenis laman dan tahap pembangun laman web.
Baca artikel penuh...
Setelah kita habis menyiapkan sesebuah laman web Joomla!, mungkin kita perlu menetapkan semula hits bagi setiap artikel Joomla! yang telah diterbitkan. Antara sebab-sebab langkah ini perlu dilakukan adalah kerana beberapa hits telah dikira setiap kali kita membaca artikel-artikel semasa site testing.
Hits artikel yang dikira semasa ‘site testing’ ini akan mempengaruhi populariti artikel. Sekiranya kita memasang modul yang memaparkan artikel-artikel mengikut populariti, ia tidak akan mencerminkan keadaan yang sebenar. Oleh itu, kita boleh mengikut langkah-langkah di berikut untuk menetapkan semula hits bagi semua artikel menjadi ‘0’.
Baca artikel penuh...
Bagi yang masih baru dengan Joomla!, anda mungkin masih tertanya-tanya dengan fungsi-fungsi di panel kawalan Administrator Joomla!. Berikut adalah ringkasan terhadap fungsi-fungsi yang berada di back-end laman Joomla! anda:
Baca artikel penuh...