1. Site
a. Control Panel
Indeks panel kawalan Administrator Joomla!
b. User Manager
Pada paparan ini, anda boleh melihat senarai pengguna (user) anda dan menyusun mereka dengan cara yang berbeza. Anda juga boleh menambah pengguna serta menetapkan username, password dan Group mereka.
c. Media Manager
Untuk menambah atau memadam fail dalam direktori /image/ di pelayan web anda. Anda boleh memindah naik (upload) file baru, memadam yang sudah ada, dan membuat sub-direktori.
d. Global Configuration
Anda boleh menetapkan pelbagai setting seperti nama laman Joomla! anda, WYSIWYG Editor, metadata seluruh laman, SEO, tempoh cache, tempoh sesi di panel Administrator dan banyak lagi.
e. Logout
Log keluar dari panel Administrator.
2. Menus
a. Menu Manager
Mengawal menu-menu laman Joomla! anda. Anda boleh menyalin, membuang, edit dan menambah menu yang baru.
b. Menu Trash
Bahagian menu-menu yang telah dibuang.
3. Content
a. Article Manager
Bahagian di mana anda boleh menambah dan menguruskan semua artikel untuk laman web anda.
b. Article Trash
Bahagian artikel-artikel yang telah dibuang.
c. Section Manager
Artikel-artikel Joomla! dibahagikan kepada Section dan Category. Section Manager adalah tempat di mana anda boleh mengedit Section yang ada dan menambah yang baru.
d. Category Manager
Anda boleh mengedit Category yang ada dan menambah yang baru. Setiap Section boleh mengandungi satu atau lebih Category. Terdapat satu Section dan Category yang khas iaitu ‘Uncategorised’ untuk artikel-artikel yang tidak terbahagi kepada mana-mana Category.
e. Front Page Manager
Anda boleh mengawal artikel-artikel yang dipaparkan di Front Page laman web dan dalam urutan apa mereka akan dipaparkan. Front Page tidak semestinya menjadi muka hadapan sesebuah laman web Joomla!.
4. Components
Semua komponen Joomla! yang telah anda pasang akan dipaparkan di menu ini dan anda boleh mengubah setting komponen-komponen tersebut di sini.
a. Banner
Anda boleh mengedit banner yang ada atau menambah yang baru. Anda boleh melihat berapa kali banner tersebut telah dipaparkan dan berapa kali ia telah diklik.
b. Contacts
Anda boleh menambah maklumat kenalan (contacts) ke Joomla!. Anda boleh memasukkan maklumat seperti nama, alamat, telefon dan e-mel. Anda juga boleh link-kan contact tersebut dengan pengguna yang telah berdaftar. Setelah itu, anda boleh menggunakan Menu Manager untuk membuat pautan(link) kenalan itu di front-end.
c. New Feeds
Anda boleh menambah Suapan Berita(News Feeds) dari laman web lain ke laman Joomla! anda.
d. Polls
Anda boleh membuat sistem undian yang ringkas untuk laman anda. Tetamu kemudian boleh membalas undian tersebut. Komponen ini membolehkan anda untuk menetapkan sehingga 12 'pilihan', bagi setiap undian.
e. Search
Anda boleh melihat berapa banyak pencarian dilakukan untuk setiap kombinasi keyword dan berapa banyak hasil yang dikembalikan untuk carian masing-masing.
f. Web Links
Anda boleh menambah pautan laman web lain untuk dipaparkan di laman Joomla! anda dan melihat berapa kali ia telah dipaparkan di laman anda.
5. Extensions
a. Install/Uninstall
Anda boleh memasang extension Joomla! di sini. Extension termasuklah Component, Module, Template, Plugin dan Language.
b. Module Manager
Anda boleh menambah, edit dan menerbitkan(publish) modul-modul Joomla!. Anda boleh menetapkan page yang akan memaparkan modul-modul tertentu, posisi modul serta urutan modul itu dipaparkan sekiranya ia berada di posisi yang sama.
c. Plugin Manager
Plugin Manager membolehkan anda untuk menghidupkan atau mematikan plugin Joomla! serta mengedit butiran dan parameter plugin tersebut.
d. Template Manager
Anda boleh menetapkan default template untuk laman Joomla! anda. Anda juga boleh mengedit terus fail CSS template berkenaan dan melihat pralihat-nya di sini.
Dalam Joomla!, susunan(layout) front-end dan back-end laman web anda dikendalikan oleh template.
e. Language Manager
Anda boleh menentukan bahasa yang digunakan sistem Joomla! untuk kedua-dua front-end dan back-end laman Joomla! anda.
6. Tools
a. Read Messages
Anda boleh membaca dan memadam mesej yang dihantar oleh pengguna back-end Joomla! yang lain.
b. Write Message
Anda boleh menulis dan menghantar mesej kepada pengguna back-end Joomla! yang lain di sini.
c. Mass Mail
Membolehkan “Super Administrator" untuk menghantar mesej e-mel kepada semua pengguna berdaftar mengikut kumpulan pengguna seperti Registered, Author, Editor dan lain-lain.
d. Global Check-in
Apabila pengguna lain membuka dan mengedit sesebuah artikel, dan sesinya belum selesai, artikel tersebut akan dikunci dan pengguna selainnya tidak dapat mengedit artikel tersebut. Dengan Global Check-in, anda boleh membuka artikel tersebut dari dikunci, tetapi pengguna lain tidak dapat mengeditnya.
e. Clean Cache
Anda boleh memadam fail cache dari server anda. Cache adalah fail sementara yang dicipta untuk meningkatkan prestasi laman web anda. Jika anda telah membuat perubahan yang banyak ke atas laman web anda, seperti mengubah template atau bahasa, fail cache anda mungkin belum diperbaharui. Untuk mengelakkan masalah yang disebabkan oleh fail cache yang lama, anda boleh memadam semua fail cache. Dengan itu, Joomla! akan membuat salinan baru fail-fail cache berkenaan.
f. Purge Expired Cache
Untuk membersihkan semua fail cache yang telah luput sahaja dari folder cache. Cache fail yang masih terkini tidak dibersihkan.
7. Help
a. Joomla! Help
Tempat artikel ini dirujuk. Silalah singgah ke sana! :)
b. System Info
Memberikan maklumat yang berguna tentang persekitaran pelayan web anda, termasuk sistem operasi, PHP, dan tetapan akses direktori. Anda boleh melihat lima paparan yang berbeza: System Info, PHP Settings, Configuration File, Directory Permissions, dan PHP Information. Setiap paparan memberikan maklumat terperinci tentang aspek laman Joomla! anda.
Selamat menggunakan Joomla!