Tatacara untuk Menetap Semula ‘Hits’ bagi Semua Artikel Joomla!

Setelah kita habis menyiapkan sesebuah laman web Joomla!, mungkin kita perlu menetapkan semula hits bagi setiap artikel Joomla! yang telah diterbitkan. Antara sebab-sebab langkah ini perlu dilakukan adalah kerana beberapa hits telah dikira setiap kali kita membaca artikel-artikel semasa site testing.

Hits artikel yang dikira semasa ‘site testing’ ini akan mempengaruhi populariti artikel. Sekiranya kita memasang modul yang memaparkan artikel-artikel mengikut populariti, ia tidak akan mencerminkan keadaan yang sebenar. Oleh itu, kita boleh mengikut langkah-langkah di berikut untuk menetapkan semula hits bagi semua artikel menjadi ‘0’.