Bagaimana untuk menghasilkan nilai kiriman percuma seperti gambar dibawah?

Sebenarnya agak mudah untuk menghasilkan nilai kiriman percuma seperti diatas, untuk memulakannya, pertama sekali anda perlu masuk ke Backend Joomla. Seterusnya pilih Menu --> Virtuemarts dan apabila tiba pada halaman berikut, sila pilih pada bahagian Shipping (seperti dibawah)

Pilih Create Shipper jika anda mahu mulakan dari awal, seperti gambarajah dibawah. Anda boleh masukkan nilai

Shipper company kepada nama apa-apa sahaja yang anda inginkan. ListOrder, saya masukkan nilai " 0 ", selepas itu klik pada butang save.
Seterusnya, sila klik pada butang Create A Shipping Rates, dan isikan maklumat seperti dibawah,

Shipper mestilah dipilih dari nilai yang anda hasilkan sebelum ini iaitu pada Shipper edit/create (Gambar 3),
lihat saya masukkan nilai berat = 0.001 ~ 0.009, Fee = 0, Package Fee = 0, Zip Range Start 00000 dan akhir pada 99999
Ini untuk mempastikan nilai yang kita hasilkan pada ketika memasukkan detail untuk produk lebih mudah dan untuk semua. Klik save selepas selasai peringkat ini.
Seterusnya, anda perlu klik pada butang produk anda, saya andaikan anda sudah tahu bagaimana untuk menambah produk kedalam virtuemart. Oleh yang sedemikian, kita hanya akan fokus pada bahagian Product Dimensions and Weight seperti gambarajah dibawah.

Apa yang saya perlu lakukan hanyalah masukkan nilai antara 0.001~0.009, mana2 nilai tersebut. Dalam gambarajah diatas, saya masukkan nilai 0.008 dan apa yang anda lihat 0.0080 tu, nilai 0 selepas nombor 8 dimasukkan oleh VM secara automatik. Dan selepas ini apa yang anda harus lakukan ialah dengan mengklik butang save dan akhirnya anda boleh preview produk anda dan cuba membuat pembelian sendiri, jika hasilnya tidak seperti yang saya perolehi dalam tutorial ini, sila bertanya didalam forum.
Akhir kata, jumpa lagi ditutorial lain pula.