Untuk proses ini kita mulakan dengan melakukan Backup bagi web anda. Pastikan anda memiliki Akeeba Backup Pro (bagi yang tiada anda boleh mintak dari kawan2 anda yang ada membelinya ;) ), Ok. Untuk proses backup, mula-mula apa yang anda harus lakukan ialah (saya mengandaikan anda telah memasang akeeba backup kedalam sisem Joomla anda.)
Perhatian :
TAHAP MINIMA BAGI KEMAHIRAN MENGGUNAKAN TUTORIAL INI SEKURANG-KURANGNYA INTERMEDIATE, ATAU MAHIR DENGAN CPANEL, FTP, SERTA BOLEH HASILKAN MYSQL DATABASE.
Bahagian 1
Menu --> Components --> Akeeba Backup
Anda akan dipersembahkan dengan paparan berikut

Sila pilih Ikon Configuration dan klik
Paparan berikut akan muncul

Apa yang perlu anda buat terlebih dahulu, ialah dengan mempastikan bahawa Backup Type

yang dipilih adalah Full Site Backup seperti yang highlight dalam gambar diatas.
Selepas itu, klik pada butang drop down Archiver Engine dan Pilih Jenis ZIP, kenapa saya memilih Zip ini kerana biasanya dalam server yang akan kita ekspot biasanya mempunyai modul yang boleh mengekstrak fail zip tersebut, berbanding JPA, dan ianya lebih baik memilih jenis ini berbanding DirectFTP

Selepas ini, sila lihat bahagian Data Processing Engine yang berada dibawahnya, seperti gambah dibawah, pilih dari drop down tersebut Upload to Remote FTP Server.

Selepas memilih konfigurasi/seting ini, sila klik butang Configure yang berada disebelahnya.

Untuk Ruangan Initial directory, biasanya kita masukkan /public_html/namadirectory atau hanya /public_html sekiranya ingin menempatkan web tersebut pada main root web baru anda. Untuk menguji sambungan tersebut sama ada nama data atau maklumat FTP yang dimasukkan betul atau tidak, anda perlu klik pada butang Test FTP Connection

Selepas itu klik pada butang Save. Maka dengan itu selesai bahagian pertama iaitu konfigurasi backup web anda melalui FTP (Jangan lupa klik backup selepas ini), bahagian kedua selepas ini akan menerangkan cara bagaimana untuk setup balik fail backup yang telah dihantar melalui FTP tadi di server baru anda.
Bahagian Kedua (Restore Fail yang dihantar melalui FTP Server - server)
Untuk proses atau bahagian kedua ni, saya mengandaikan anda tahu menggunakan Panel Kawalan Web anda contohnya CPanel atauDirectAdmin atau apa-apa panel kawalan web anda. Oleh yang sedemikian, selepas log masuk ke Web anda, sila gunakan Pengurus Fail @ File Manager Panel kawalan Masing-masing, contohnya untuk pengguna CPanel seperti contoh dibawah :

Oleh kerana saya sudah terbiasa dengan Legacy File Manager, saya pun menggunakannya, gambarnya seperti dibawah, sebelum itu paparan seperti berikut akan dipaparkan, sila pastikan Show hidden fail juga ditandakan.

Selepas itu, klik pada butang Go dan paparan seterusnya ialah seperti dibawah untuk Legacy File Manager

Gambar dibawah adalah untuk file manager baru,

Untuk yang gunakan File manager seperti diatas, apa yang anda perlu lakukan ialah dengan mengklik pada nama fail site-www.......zip, dan selepas tu klik pada butang

Extract seperti yang dibulatkan dalam gambar diatas. Selepas itu akan muncul paparan seperti berikut.

Pada bahagian ini anda boleh masukkan nama direktori bagi fail tersebut diekstrak, jika nama direktori itu tidak wujud, ia akan diwujudkan secara automatik. Progress atau Peringkat Pengekstrakan akan ditunjukkan seperti dibawah,

Setelah proses pengekstrakan selesai dilakukan paparan berikut pula akan muncul.

Bahagian 3
Menghasilkan database MySql di server baru
Langkah seterus yang anda perlu lakukan ialah untuk menyediakan pangkalan data mysql sebelum memasang kembali web anda yang baru diekstrak ini. Sila hasilkan satu database kosong untuk kegunaan web baru anda. Untuk tutorial ini saya telah menghasilkan satu database mysql
Untuk bahagian ini, sila pastikan anda ikut langkah menghasilkan database MYSQL mengikut turutan gambar dibawah.
1. Sila pilih untuk hasilkan Database MySql dengan mengklik ikon seperti dibawah

2. Selepas itu, sila masukkan nama database yang anda ingin hasilkan dan klik pada butang Create Database

3. Selepas langkah diatas, anda perlu hasilkan satu pengguna bagi pangkalan data dibawah, sila pastikan borang berikut yang berada dalam halaman yang sama diisi.

4. Seterusnya, sila tambah User yang baru dihasilkan tadi ke database shaifful_akad yang dilakukan dalam langkah 1 tadi

Selepas anda klik add, paparan berikut akan dipaparkan dan pastikan anda klik pada All Privileges sama seperti gambar dibawah

Itu sahaja langkah-langkah yang anda perlu lakukan untuk hasilkan database. Maklumat yang anda isikan pada bahagian ini amat penting untuk kegunaan bahagian akhir iaitu bahagian 4 tutorial ini.
Bahagian 4
Membuat pemasangan Web yang telah dibackup ke server. Untuk memulakan bahagian terakhir ini, sila ke laman web atau direktori dimana fail-fail yang telah diekstrak pada bahagian 2 berada, contohnya http://namaweb.com/apasaja
Anda akan dibawa kepada paparan berikut.

Pada bahagian ini, sila klik butang Next sahaja. Selepas tiba pada bahagian dibawah, sila masukkan maklumat database mysql yang anda telah hasilkan dari bahagian 3, (buat masa ini anda tidak perlu mengganggu fungsi-fungsi lain)

Selepas itu, sila klik Next lagi sehingga anda mendapat progress dialog seperti berikut yang akan memaparkan proses pengimportan pangkalan data mysql.

Selepas itu klik Ok dan anda akan dibawa kepada paparan seterusnya. Seperti dibawah

Bahagian lain seperti FTP Options, Super Administrator setting tidak perlu diganggu sekiranya anda tidak mahu ubah apa-apa, hanya untuk pindahkan web tersebut sahaja. Jadi langkah seterusnya ialah Klik pada butang Next sekali lagi untuk ke Porses terakhir.

Pada langkah terakhir ini, apa yang anda perlu lakukan ialah dengan membuka kembali folder File manager web baru anda dan padamkan folder Installation, namun ada cara mudah iaitu dengan mengklik links remove the installation directory automatically dan paparan progress dialog seperti dibawah akan dipaparkan. Selepas mengklik butang ok, anda akan dibawa kehalaman utama laman web baru anda.

Selamat mencuba, jika anda ada sebarang soalan, sila kemukakan di ruangan forum kami.