Sebagai contoh, anda boleh tengok Tab di dalam artikel yang saya buat di laman web demo kami. Tab itu dihasilkan dalam masa 2 minit sahaja! Mudah dan cepat. Berikut saya tunjukkan cara-caranya.
Langkah 1
Dapatkan plugin Tabber dari laman web NoNumber, anda boleh muat-turun secara percuma dan tidak perlu mendaftar di laman web tersebut.

Langkah 2
Teruskan dengan proses install di dalam laman web Joomla! anda.

Langkah 3
Sekarang kita akan mula menghasilkan Tab di dalam artikel Joomla! kita. Plugin ini juga berfungsi dengan baik di dalam K2. Masukkan kod di bawah ini di dalam artikel yang anda tulis.
Contoh Tab Pertama
Ini merupakan isi kandungan Tab yang pertama
Contoh Tab Kedua
Ini merupakan isi kandungan Tab yang kedua
Contoh Tab Ketiga
Ini merupakan isi kandungan Tab yang ketiga
Hasilnya, anda akan dapat Tab seperti gambar di bawah ini.

Mudah kan?
Langkah 4
Katakan saya ingin Tab kedua yang aktif bukan yang Tab pertama, saya boleh gunakan kod seperti di bawah ini.
Contoh Tab Pertama
Ini merupakan isi kandungan Tab yang pertama
Contoh Tab Kedua
Ini merupakan isi kandungan Tab yang kedua
Contoh Tab Ketiga
Ini merupakan isi kandungan Tab yang ketiga
Dan hasilnya:

Kesimpulan
Dengan adanya plugin seperti ini, kreativiti kita tidak tersekat dan kita mampu hasilkan laman web yang bagus dengan bantuan tambahan. Untuk Maklumat lanjut tentang penggunaan Tabber ini, anda boleh layari laman web NoNumber yang mana merupakan pengeluar plugin ini.