Bahagian 1
Pertama sekali, pastikan anda telah memasang Virtuemart. Jika belum, sila muat turun di http://www.virtuemart.net,
Selepas itu, sila ke Menu --> Components --> Virtuemart, paparan berikut anda ditunjukkan apabila anda mula masuk.

2. Selepas itu sila klik pada butang/links List Countries dan anda akan ke paparan dibawah, untuk ke negara Malaysia, sila masukkan nama Malaysia pada ruangan carian dan klik search

Sila klik nama state untuk lihat nama negeri-negeri dalam Malaysia,

jika ada. Jika tiada paparan seperti dibawah gambar ini akan dipaparkan.

Untuk membolehkan ianya dipaparkan pada bahagian ini anda perlu ikuti langkah2 pada bahagian 2 dengan sempurna
Bahagian Kedua,
Sila muat turun fail mysql ini :
jos_vm_state (18.13 kB), selepas ini anda perlu buka CPanel web anda dan menggunakan PhpMyAdmin untuk mengimpotnya kedalam pangkalan data anda.
1. Mula-mula klik butang / ikon phpmyadmin,

Selepas itu paparan utama bagi laman phpmyadmin akan dipaparkan seperti dibawah

Selepas itu klik pada database dimana anda ingin impot data SQL nama negeri ini kedalam Virtuemart anda

2. Klik pada butang/Tab Import

Selepas itu paparan berikut akan muncul

3. Browse SQL yang telah dimuat turun dan Klik pada butang Go pada bahagian bawah disebelah kanan dan jika import tersebut berjaya dilakukan, paparan berikut pula akan muncul.

Anda boleh periksa sama ada nama negeri telah berjaya diimpot atau tidak dengan kembali kepada Komponen Virtuemart dan klik pada butang / Link List State seperti yang terdapat pada gambar ketiga diatas dan hasilnya ialah seperti gambar dibawah.

Maka import yang anda lakukan berjaya dilaksana. Ini sebenarnya mempercepatkan lagi proses mengimpot nama2 negeri tanpa menggunakan proses kemasukkan data secara manual. Semoga anda berjaya melakukan seperti mana tutorial ini.