Komuniti Joomla! Malaysia
| Sumbangan Artikel |
| Jumaat, 29 Oktober 2010 17:18 |
Ingin menyumbangkan artikel atau tutorial di portal ini? Kami amat mengalu alukan sumbangan anda serta menerimanya dengan tangan terbuka. Tapi bagi memastikan kualiti artikel dan tutorial di portal ini terjamin, kami akan membuat penapisan yang agak ketat dan semuanya akan dipilih oleh Admin portal ini sendiri. Ada kebarangkalian artikel atau tutorial anda ditolak, bergantung kepada keadaan. Tajuk CadanganPortal ini bertujuan menjadi sumber rujukan untuk Joomla!, namun sebarang artikel dan tutorial yang berkaitan dengannya, seperti contoh, artikel yang berkaitan dengan isu keselamatan ataupun pengurusan web hosting juga diteima. Berikut kami senaraikan antara topik-topik yang sesuai dan berkaitan.
Namun anda boleh juga menghantar artikel atau tutorial lain asalkan ianya berkaitan dengan Joomla!. Kami sentiasa memberikan ruang untuk anda dan bersedia untuk menerima idea yang baru. Syarat MenghantarSeperti yang kami nyatakan di atas tadi, pemilihan artikel atau tutorial agak ketat bagi menjamin kualiti isi kandungan portal ini. Oleh itu di sini kami senaraikan syarat-syarat menghantar artikel atau tutorial kepada kami.
Penggunaan BahasaDari aspek penggunaan bahasa, kami tidak tegas tentang hal ini. Ini kerana artikel dan tutorial di portal ini bukan digunakan untuk pertandingan bahasa, tetapi membantu pengguna lain faham akan topik yang dibincangkan. Penggunaan bahasa jargon dan bercampur dengan English diterima, asalkan tidak terlalu rojak. Format ArtikelBagi menjamin semua artikel yang dipaparkan di dalam portal ini mudah untuk dibaca, kami menetapkan format untuk setiap artikel.
1. TajukTajuk artikel sebaiknya menggunakan ayat yang menerangkan apa isi kandungan artikel tersebut. Tidak boleh terlalu panjang dan tidak boleh terlalu ringkas. 2. Gambar artikelPastikan anda menyertakan gambar untuk artikel yang akan digunakan pada halaman utama dan juga halaman artikel yang lain. Saiz mestilah empat segi sama, contohnya 250px lebar dan 250px tinggi. Sistem kami akan mengecilkan gambar itu secara automatik. 3. IntrotextKandungan introtext mestilah dalam lingkungan 20 hingga 30 perkataan (bukan huruf). Dan tidak boleh meletakkan sebarang format untuknya. Hanya teks semata mata. 4. Sub topikSetiap topik mestilah mempunyai sub-topik bagi membahagikan setiap bahagian. Sub-topik MESTI menggunakan tag H2. 5. Gambar besar di dalam artikelJika anda ingin menyertakan gambar di dalam artikel anda, pastikan lebar gambar itu tidak melebihi 600px. 6. Pemisah bahagianSetiap sub-topik mestilah dibahagikan dengan menggunakan tag HR. 7. Gambar lainJika gambar anda bersaiz kecil, pastikan ianya diletakkan di sebelah kanan atau kiri artikel anda. Cara menghantar artikelOleh kerana kami masih di dalam proses membangunkan portal ini dari semua aspek, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan secara manual, termasuklah menghantar artikel. Anda boleh memaklumkan kepada kami di forum Cadangan dan Maklumbalas untuk setiap artikel yang ingin dihantar. Penulis bagi setiap artikel terpilih akan dimasukkan kedalam senarai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah menarik dari pihak pentadbiran Komuniti. Jadi, jangan tunggu sekiranya anda mempunyai idea untuk menulis sebarang artikel berkaitan Joomla atau umumnya berkaitan dunia web. Kami sedang membangunkan fungsi untuk menghantar artikel secara automatik, namun belum dapat dipastikan bila fungsi tersebut akan siap. |
| Terakhir Dikemaskini pada Sabtu, 06 November 2010 07:44 |
Joomla-My.org is not affiliated with or endorsed by the Joomla! Project or Open Source Matters. The Joomla! name and logo is used under a limited license granted by Open Source Matters the trademark holder in the United States and other countries."
Hakcipta 2005 - 2011 Joomla-My. Semua hakcipta terpelihara.
Semua isi kandungan di dalam Portal ini merupakan hak milik Portal Joomla-My. Ia tidak boleh dipindah milik kepada mana mana pihak yang lain tanpa kebenaran daripada pihak pentadbir.
Rekabentuk oleh syahzul