Selamat datang, Pelawat
Username Kata laluan: Ingati Saya

Peraturan

Mesej Untuk Pengguna Baru dan Pengguna Lama

Kami di Portal Joomla-My sangat tegas dengan keputusan kami. Kami berbangga kerana berdasarkan pengalaman yang lepas, kami berjaya menguruskan dan mengendali salah satu portal yang paling berjaya di negara ini. Dengan itu, kami rasakan adalah perlu untuk tegas dalam segala keputusan yang kami ambil. Jika anda ingin terus menggunakan portal ini sebagai sumber rujukan dan bantuan anda, sila baca dan patuhi Syarat dan Peraturan, serta sila gunakan common sense. Adakalanya apa yang kita ingat lawak, tidak semestinya ia adalah lawak pada ahli yang lain. Sila berhati hati dengan ayat yang dipilih. Kami tidak suka menggunakan perkataan BAN, tapi sekiranya perlu, kami akan laksanakan tanpa perasaan perikemanusiaan.


Apa Yang Perlu Anda Tahu

Portal ini dibina dengan harapan dapat dijadikan salah satu tempat rujukan dan tempat berkumpul untuk pengguna Joomla! di negara ini. Segala maklumat yang disediakan di sini di harap dapat membantu pengguna lain yang mengalami sebarang masalah dengan penggunaan Joomla! mereka.

Semua keputusan kami adalah muktamad. Anda tidak berhak mempertikaikan sebarang tindakan yang kami lakukan. Ini kerana kami mempunyai objektif dan halatuju kami sendiri. Semua keputusan yang dibuat adalah berdasarkan maklumbalas dari pengguna lain, kajian mendalam daripada portal yang lain serta pemerhatian tentang keperluan semasa. Ia akan berubah mengikut keperluan semasa, dan kami berhak mengubahnya tanpa sebarang notis.

Kami menerima sebarang cadangan dan maklumbalas dari pengguna, tapi kami berhak sama ada menolak atau menerima cadangan tersebut. Segala keputusan yang diambil adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan kami di dalam bidang ini, bukan dibuat secara sesuka hati.

Sebelum anda menghantar apa apa topik atau komen, sila tanya diri anda sendiri; "adakah aku hantar sesuatu yang baik, lucu, berinformasi, memualkan orang lain ataupun boleh mencetuskan kemarahan?". Kami tahu anda semua sudah dewasa untuk menilai buruk dan baik sesuatu yang anda lakukan.

Sebelum anda membalas mana mana topik, sila tanya diri anda sendiri; "adakah balasan aku ini membantu menjawab pertanyaan, memberikan nasihat ataupun memberikan informasi yang berguna?". Jika jawapannya Ya, maka anda teruskan menghantar balasan itu. Jika tidak, tidak perlulah anda membuat sebarang kiriman yang tida memberikan manfaat kepada pengguna yang lain.

Syarat Syarat Portal Joomla-My

Sila ingat bahawa pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang maklumat yang dikirimkan dan/atau disiarkan oleh mana-mana pengguna. Kami tidak menjamin sebarang ketepatan, kelengkapan atau kebergunaan mana-mana mesej atau maklumat, dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan mana-mana mesej atau maklumat.

Sebarang mesej atau maklumat adalah hasil pandangan peribadi penulis atau ahli yang menulis mesej tersebut, dan tidak semestinya menggambarkan pandangan pihak pentadbir atau pemilik tapak web Joomla-My.org atau Joomla.My. Mana-mana ahli yang merasakan sesuatu mesej itu boleh dipertikaikan adalah digalakkan menghubungi pihak kami secepat mungkin melalui emel. Kami mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan mana-mana mesej yang dipertikaikan dan kami akan mengambil usaha sedaya mungkin untuk berbuat demikian, dalam satu jangka waktu yang menasabah, sekiranya kami mendapati tindakan mengeluarkan mesej itu adalah perlu.

Anda setuju, menerusi penggunaan sebarang perkhidmatan di forum ini, bahawa anda tidak akan menggunakannya untuk mengirimkan sebarang bahan atau maklumat yang diketahui palsu dan/atau berunsur fitnah, tidak tepat, mendera, kebencian, biadab, mengganggu perasaan, mengugut, lucah, berbaur seks, mengancam, mengganggu privasi seseorang, ataupun melanggar sebarang peraturan atau undang-undang negara.

Kami berhak, tanpa sebarang notis, untuk memadam, mengubahsuai dan juga menambah apa apa artikel, kiriman forum ataupun komen di dalam Portal ini.

Kami berhak mengambil tindakan yang kami rasakan perlu jika sekiranya kami dapati ada individu yang cuba untuk mencetuskan perbalahan yang tidak diperlukan di sini.

Perlu diingat, portal ini dibina tanpa meminta bantuan kewangan dari pihak lain, pendek kata dibina dengan hasil titik peluh para pentadbir sendiri. Dan setiap orang di sini mempunyai komitmen masing masing yang mana adakalanya tidak dapat memberikan bantuan yang anda perlukan.

Perkara Perkara Yang Tidak Dibenarkan

Beberapa syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi dan amat kami ambil berat adalah seperti berikut:

1. Anda dilarang untuk meletakkan sebarang iklan atau promosi bertujuan komersil.

2. Anda dilarang menghantar fakta yang salah terhadap sesuatu isu atau topik.

3. Anda dilarang sama sekali menghantar kiriman pada forum atau komen pada artikel tentang perkara yang berkaitan dengan Warez, Crack, Serials ataupun perisian yang tidak boleh dikongsi.

3. Anda dilarang menimbulkan isu sensitif seperti perkauman, agama atau politik tanahair.

4. Sekiranya anda menceritakan tentang kebaikan sesuatu produk sumber terbuka, anda dilarang membuat perbandingan antara produk tersebut dengan produk sumber terbuka yang lain dengan tujuan untuk memberi imej buruk terhadap produk yang dibandingkan.

5. Anda dilarang memulakan kekacauan yang menyebabkan ahli komuniti lain merasa tidak selesa.

6. Nama pengguna atau Username mestilah tidak mengandungi perkataan atau unsur-unsur lucah.

Anda perlu bersetuju dengan syarat-syarat ini untuk menggunakan portal Joomla-My atau Joomla.My ini. Jika anda tidak bersetuju, kami harap anda memahami bahawa kehadiran anda di sini tidak diperlukan.

Sekian Terima Kasih.

Pengurusan Komuniti Joomla! Malaysia.

p/s kalau berminat untuk mengiklan, sila hubungi syah AT syahzul.com

 

Maju ke Kategori

Laman dijana dalam masa: 0.15 saat