Aslm, lama sungguh tak masuk forum.
Ok, kali nie nak kongsi petua. Situasinya adalah bila nak masuk Article Manager error cam nie yang kluar:
500 - An error has occurred!
DB function failed with error number 1
Can\'t create/write to file \'/tmp/#sql_14r5_0.MYI\' (Errcode: 28) SQL=SELECT c.*, g.name AS groupname, cc.title AS name, u.name AS editor, f.content_id AS frontpage, s.title AS section_name, v.name AS author FROM jos_content AS c LEFT JOIN jos_categories AS cc ON cc.id = c.catid LEFT JOIN jos_sections AS s ON s.id = c.sectionid LEFT JOIN jos_groups AS g ON g.id = c.access LEFT JOIN jos_users AS u ON u.id = c.checked_out LEFT JOIN jos_users AS v ON v.id = c.created_by LEFT JOIN jos_content_frontpage AS f ON f.content_id = c.id WHERE c.state != -2 ORDER BY section_name , section_name, cc.title, c.ordering LIMIT 0, 353
Dengan kata mudah, keadaan nie berlaku bila dalam artikel yang kita bina mempunyai kod yang tak sepatutnya, dan masalah nie biasanya berkait rapat dengan database jos_content.
Pelbagai cara digunakan untuk tangani masalah nie, ada yang repair jos_content dll. Namun, cara yang rasanya paling berkesan adalah dengan hapuskan artikel mempunyai error yang dibina. Masalahnya, mana nak tahu artikel mana?
Tu yang jadi halnya... dinasihatkan, pabila anda mengemaskini laman web, ingat apa yang anda lakukan, turuti apa yang anda buat dari mula hingga akhir hinggalah anda temui error. Ada masalah yang timbul pabila baru je lepas install plugin atau lain-lain, jadi kenali dan ingat apa yang anda lakukan.
Dalam hal ini, jika anda baru je bina artikel dan bila klik Article Manager, error cam nie kluar... sah! tu adalah masalah jos_content. Caranya, pergi ke phpmyadmin, pastu search artikel anda tersebut dan delete!
Walaupun begitu, isu ini akan lebih parah jika ianya tak jadi, maksudnya; anda dah delete artikel tersebut tapi bila ke Ariticle Manager, error yang sama muncul.

Ok. Hal ini bukan berpunca daripada jos_content tapi server tu sendiri. Teliti error di atas, jika dilihat database tidak dapat dibina/dimasukkan melalui folder tmp. Dalam hal ini, ianya adalah folder server tu sendiri. Jadi pastikan tmp folder tu writable.
Jika tak jadi, cari fail my.cnf, dan masukkan tetapan berikut, pada [mysqld]:
[mysqld]
tmpdir=/temp
Pastu jika tak jadi jugak, lihat no. error; dalam masalah di atas, ianya 28 bermakna kurang ruang dalam server anda. Semak balik server dan buang fail yang tak perlu disimpan lagi, cthnya fail backup.
... lepas tu anda perlu restart server/mysql.
InsyaAllah! Jadi...
Okla tu saja apa yang nak dikongsi malam nie. Sebenarnya, aku baru je kena error nie tadi, 2 jam cari solution... last-last skali dapat dah Article Manager...
