
Pada 27 Oktober 2006 yang lepas, komuniti rasmi Joomla! telah mengeluarkan Manual Pengguna Joomla! versi 1.0.11 yang boleh di muat-turun di halaman web http://help.joomla.org. Manual Pengguna ini bertujuan untuk membantu pengguna menggunakan Joomla! yang mana ianya merangkumi semua aspek penggunaan Joomla!.
Kami di Joomla-My.org kini telah memulakan
kerja-kerja penterjemahan Manual Pengguna ini ke Bahasa Melayu setelah
mendapat kebenaran daripada Steve White, Pengarah Projek untuk Manual Pengguna ini. Selain daripada dapat mempelajari lebih mendalam tentang kaedah-kaedah penggunaan Joomla!, kami juga berharap agar apa yang kami lakukan ini dapat membantu pengguna-pengguna lain yang kurang mahir berbahasa Inggeris.
Anda boleh muat-turun Manual Pengguna (English) di
sini, ataupun sila lawati forum kami untuk mendapatkan maklumat terkini tentang status Manual Pengguna yang sedang diterjemahkan di
sini.